Pulau Pinang Fatwa Haram Hisap Vape, Shisha

GEORGE TOWN – Rokok elektronik yang mengandungi nikrotin atau e-cigarette selain peranti asap tanpa nikrotin atau vape difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang.
Keputusan itu dimaklumkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang menegaskan bahawa pengharaman dibuat berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah.
“Kita haramkan vape mengikut pandangan ajaran Islam, di samping ia juga dibimbangi boleh menjejaskan tahap kesihatan individu yang menghisap dengan menggunakan peranti tersebut.
“Pengharaman ini juga dibuat kerana ia menyebabkan berlaku banyak kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Baca: CAP Gesa Kerajaan Lebih Tegas Haramkan Terus Vape

E-Rokok, Vapor
Portal berita BNBBC melaporkan, majlis fatwa negeri tersebut turut mengharamkan shisha, atau juga disebut hookah iaitu sejenis rokok tradisi masyarakat Arab yang dihisap dengan batang paip.
Tindakan secara mengejut itu menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri kedua di Malaysia selepas jirannya, Kedah yang telah mengeluarkan fatwa pengharaman vape dan shisha pada 23 November lalu.
Ini diikuti langkah kerajaan Johor pada awal bulan ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan langsung sebarang aktiviti perniagaan vape secara rasmi mulai 1 Januari tahun depan.
Larangan dititahkan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu bakal menyebabkan peniaga dihukum mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Bahagian Pelesenan.
Setakat ini penggunaan rokok elektronik itu sudah lama diharamkan di Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles, Singapura dan Turki. 
0 Komentar untuk "Pulau Pinang Fatwa Haram Hisap Vape, Shisha"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info