Tweet Fizo: Dato’ Vida Tak Ambil Kisah, Dah Lali Dikritik

BARU-baru ini heboh di media sosial, pelakon dan pengacara Fizo Omar dikatakan mengkritik penaja program Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Dato’ Seri Vida menerusi tweet berbunyi, “Potong stim la tengok #gegarvaganza ni.. nak tengok otai-otai menyanyi bukannya..”.

BACA: Terima Kecaman Selepas Kritik Dato’ Vida, Fizo Omar Mohon Maaf

Walaupun tidak dinyatakan nama individu yang dimaksudkan, rata-rata netizen dapat mengagak bahawa tweet tersebut ditujukan kepada Dato’ Seri Vida.
Luahan suami kepada usahawan terkenal Mawar Fareeda ini, bagaimanapun memakan dirinya kembali hingga menerima pelbagai kecaman daripada peminat GV2.
fizo
Susulan itu, Fizo telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka di laman sosial.
Sementara itu, Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Dr Hasmiza Othman berkata, dia terkejut pada awalnya ketika dimaklumkan mengenai tweet tersebut namun, beliau tidak mahu ambil kisah.
Jelas pengasas produk kecantikan Vida Beauty ini, beliau sebenarnya sudah lali dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
“Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.
“Tatapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah.
“Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya.
“Nawaitu saya cuma satu… Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan.
“Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga.
“Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa,” katanya.

0 Komentar untuk "Tweet Fizo: Dato’ Vida Tak Ambil Kisah, Dah Lali Dikritik"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info