Paris 'berdarah' lagi: 'Kenapa terlalu banyak kebencian dalam dunia kini?'

Paris 'berdarah' lagi: 'Kenapa terlalu banyak kebencian dalam dunia kini?'
Netizen guna hashtag #prayforparis luah rasa kesal dengan kejadian itu.
Perhatian masyarakat antarabangsa hari ini pastinya tertumpu kepadainsiden letupan dan tembakan bersiri di bandaraya Paris, Perancis.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 100 disahkan maut dalam insiden yang berlaku di tiga lokasi berbeza itu.

Di laman sosial, hashtag #prayforparis menjadi trending, dengan netizen khususnya penduduk bandaraya itu berkongsi rasa terkejut dan perkembangan semasa situasi di sana.










Netizen rata-ratanya menyifatkan kebencian dan dendam menjadi penyebab manusia bertindak di luar batas kemanusiaan.

Stadium Stade de France, yang menjadi gelanggang perlawanan bola sepak persahabatan antara Perancis dan Jerman turut menjadi lokasi berdarah apabila tiga kematian dilaporkan selepas satu letupan di luar stadium.

Pemain dan penonton terperangkap dalam stadium berkenaan selepas tamat perlawanan, yang menyaksikan Perancis menang 2-0.






Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di bandaraya yang dikenali sebagai kota cinta itu. Sebelum ini, insiden tembakan di ibu pejabat majalah Charlie Hebdo berlaku pada Januari lalu, mengakibatkan 12 orang maut.

0 Komentar untuk "Paris 'berdarah' lagi: 'Kenapa terlalu banyak kebencian dalam dunia kini?'"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info