GEMPAR!! Pesara Tentera Udara Ditemui Mati Tergantung Di Pintu Gerbang

630Shares
SEORANG lelaki yang merupakan pesara tentera udara, Asok Kumar Koyamboo, 53; dipercayai menggantung dirinya di tiang perancah pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuh Raya Persekutuan, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman, mayat berkenaan ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan melalui kawasan laluan sibuk berkenaan sekitar pukul 4.30 pagi.
Pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk menurunkan mayat yang tergantung pada ketinggian 30 meter.
Mayat mangsa yang menetap di Seksyen 5, Petaling Jaya, Selangor kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dekat ibu negara untuk menjalani proses bedah siasat selanjutnya.
Untuk peringkat awal, pihak polis percaya tiada sebarang elemen berunsurkan jenayah yang boleh dikaitkan dengan misteri punca kematian lelaki tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Pintu gerbang tanda sempadan Selangor-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu mencetuskan sensasi baru-baru ini apabila seorang ahli seumur hidup PKR mendedahkan kos kerja pengindahannya.
Aktivis sukarelawan propembangkang terkenal itu mendakwa kerajaan negeri Selangor membazir apabila berbelanja RM9.7 juta untuk aktiviti mencantikkan pintu gerbang tersebut.
image1
image2
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Pesara Tentera Udara Ditemui Mati Tergantung Di Pintu Gerbang"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info