SUAMI kepada seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 14 tahun ini layak digelar manusia berjiwa syaitan.
Apa tidaknya, baru sebulan berkahwin, lelaki berusia 35 tahun ini sanggup memperkosa adik iparnya yang berusia 11 tahun.
Lebih mengejutkan, lelaki ‘gila’ tersebut memaksa isterinya yang mempunyai masalah lembam supaya merakam video perbuatannya itu di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, Port Dickson.
Kekejaman tidak berakhir di situ, apabila si suami kemudian bertindak memuat naik rakaman itu ke video cakera padat (VCD) sebelum dijual kepada beberapa rakan.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar setelah rakaman tersebut tersebar menerusi telefon bimbit.
Menurut satu sumber, penyebaran rakaman tersebut turut dilihat oleh bapa adik-beradik malang itu yang terkejut apabila mengenal identiti individu dalam video berkenaan merupakan anak dan menantu lelakinya.
0 Komentar untuk "KERJA GILA!! Rogol Adik Ipar, Paksa Isteri OKU Rakam Video Di PD"