SEBUAH akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang atlet berprofil tinggi negara yang tidak dimaklumkan namanya, diperintah membela diri selepas disahkan positif menggunakan steroid.
Bagaimanapun, identiti atlet tersebut terbongkar apabila Juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Datuk Sazali Abdul Samad dilihat hadir mengadap jawatankuasa disiplin Persatuan Bina Badan Malaysia (MBF) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi sebentar tadi.
Sazali yang sinonim dengan gelaran Badang Malaysia dikatakan gagal ujian doping selepas Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menjalankan ujian pada 1 September lalu.
Menurut peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), Sazali berdepan penggantungan empat tahun.
Sazali turut menggenggam gelaran Mr Asia sebanyak sembilan kali.
0 Komentar untuk "HANGAT!! Positif Steroid, Sazali Samad Berdepan Penggantungan"