7 Cabaran Untuk Tinggal Di Marikh

Manusia sentiasa menyimpan impian yang besar untuk tinggal di Marikh. Lebih-lebih lagi selepas misi yang dikelola NASA menemui tanda-tanda kewujudan air di planet terbabit yang memberi harapan baru kepada warga dunia tentang kemungkinan untuk menetap disana. NASA telah memberitahu perkara ini di satu persidangan antarabangsa.Bersempena dengan persidangan tersebut, kami akan menyenaraikan 7 cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan impian tinggal di Marikh. Cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi adalah seperti berikut:

1. Kadar Radiasi Di Marikh Yang Tinggi

Pihak pengkaji daripada NASA mendapati planet marikh memiliki tahap radiasi yang sangat tinggi yang mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia. Antaranya adalah Solar Energetic Particles (SEPs) dan Galactic Cosmic Rays yang boleh menyebabkan kematian jika ianya tidak dilindungi oleh pakaian anti radiasi. Malahan jika manusia terus menghuni Marikh dengan tempoh melebihi 180 hari.

2. Suhu yang rendah

Suhu adalah cabaran paling besar yang perlu dihadapi oleh manusia untuk tinggal di Marikh. Jika anda berpendapat suhu di Antartika itu sangat sejuk dan tidak sesuai untuk mendirikan rumah? Fikirkan sekali lagi kerana suhu di Marikh lebih dahsyat sejuknya. Kebiasaannya suhu di waktu malam ketika berada di Marikh adalah -70 darjah Celcius. Adakalanya suhu tersebut jatuh sehingga -100 darjah celcius.

3. Atmosfera

Ya Marikh mempunyai atmosfera, ia adalah benar. Tetapi ia begitu nipis. Sebagai perbandingan, lapisan atmosfera di bumi adalah 100 kali lebih padat berbanding lapisan atmosfera di Marikh dimana lapisan atmosfera di bumi terdiri daripada 78 % nitrogen, 21% oksigen dan 1% kumpulan gas manakala lapisan atmosfera di Marikh pula memiliki kandungan karbon dioksida yang tinggi iaitu sekitar 98%. Kandungi itu sangat tinggi dan beracun kepada manusia. Selebihnya pula adalah terdiri daripada gas argon, nitrogen dan pelbagai lagi gas yang beracun.

4. Graviti

Meskipun teknologi masa kini mampu menghasilkan graviti tiruan, namun ianya masih lagi menjadi satu perkara yang perlu dibuat penelitian kerana ia melibatkan kos yang besar. Lagipun tingkat graviti yang sekadar 38% masih membolehkan manusia untuk berjalan di planet Marikh. Cuma takut kepada komplikasi yang berlaku kepada manusia apabila berada disana kerana tubuh manusia boleh menerima kondisi graviti “One-G” di bumi dimana yang mampu menggerakkan tulang, otot dan kardiovaskular berbanding apabila kita di sana.

5. Bakteria Planet ( Planet Germs )

Antara perkara yang dititik berat adalah berkenaan dengan ekosistem serta hidupan mikro yang ada di planet berkenaan sangat berbeza dengan keadaan di bumi. Para pengkaji juga mengatakan terdapat bakteria planet yang hidup di utara planet Marikh.

6. Infrastruktur

Kos untuk pembinaan infrastruktur di Marikh tersangat tinggi sehingga melangkaui rezab simpanan harta sesebuah negara. Selain daripada itu kesukaran untuk mengawal kelembapan di Marikh juga memerlukan kita untuk melakukan kerja-kerja R&D untuk mencari bahan binaan yang sesuai untuk digunakan di Markh.

7. Persiapan Mental

Inilah yang menjadi beban kepada para angkasawan yang dikerahkan untuk menjalankan kerja-kerja di angkasa lepas iaitu perlu mempunyai kekuatan mental. Perjalanan ke Marikh adalah satu perjalanan yang panjang dan berisiko yang mampu memberi tekanan kepada kondisi mental mereka. 

0 Komentar untuk "7 Cabaran Untuk Tinggal Di Marikh"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info