VENEZUELA – Bekas model Playboy yang juga seorang penari tiang, akhirnya dikejarkan ke hospital selepas implan pada sebelah payudaranya pecah akibat terjatuh dari tiang.
Diosa Canales, 28, terjatuh dari tiang itu selepas dia hilang kawalan.
Model yang nama asalnya adalah Dioshaily Rosfer Canales Gil, mengalih tumpuan kepada tarian tiang selepas menempah nama dalam bidang modeling.
“Semalam saya dibedah selepas sebelah implan di payudara saya pecah kerana terjatuh.
“ Saya ingin memberitahu peminat saya supaya tidak bimbang. Saya ok,’’ katanya sambil memuat naik imejnya selepas pembedahan.
Diosa mempunyai lebih sejuta peminat dalam twitter dan 500,000 pengikut dalam instagram.
Dia menjadi sensasi internet selepas berbogel di hadapan twitcam pada Ogos 2014. Dalam masa 12 minit, video bogel itu ditonton lebih 30,000 orang hingga memaksa Twitter menapisnya.
Diosa juga terkenal selepas berjanji untuk berbogel jika pasukan bola sepaknya menang dalam kejohanan bola sepak dunia.-
0 Komentar untuk "(VIDEO): Wanita Harus Elakkan INi!!"