Saintis Bongkar Keburukan Merokok Terhadap Kulit

SEMEMANGNYA tabiat merokok di kalangan masyarakat kini semakin tidak dapat dibendung walaupun mereka tahu akan risiko yang bakal ditanggung.
Bukan sahaja popular di kalangan kaum adam, golongan wanita zaman moden ini juga terdedah kepada tabiat tersebut malah merokok di depan orang ramai juga bukan satu benda yang asing.
Walaupun pelbagai jenis kajian tentang keburukan telah didedahkan, ia seolah-olah tidak memberi sebarang kesan terhadap golongan ini.
Kajian terbaru yang dibuat para saintis telah membuktikan merokok bukan sahaja boleh memberi kedutan pada wajah tetapi juga boleh mengakibatkan jerawat yang teruk pada wajah.
Saintis juga memberitahu parut yang terdapat pada perokok dikatakan lebih teruk berbanding orang biasa.
Melalui kajian terbaru itu, seramai 992 orang perokok menderita dengan jerawat yang teruk sehingga terpaksa merujuk kepada hospital dermatologi.
acne
Dr. Raman Bhutani, ahli pasukan penyelidikan dari Harrogate District Foundation Trust, memberitahu merokok boleh mengakibatkan kulit yang berjerawat meninggalkan parut yang lebih teruk.
Walaubagaimanapun, kajian yang lebih lanjut diperlukan bagi mengetahui mekanisme yang menjadi punca kepada perkara ini.
Hasil kajian ini telah dibentangkan di British Association of Dermatologists’ Annual Conference di Manchester.
Menurut sumber juga, jerawat telah memberi kesan kepada jumlah besar populasi dan 80% daripadanya adalah golongan remaja.
Segelintir daripada mereka mungkin akan pulih sepenuhnya namun ada juga yang akan kekal dengan parut untuk jangka masa yang panjang.
Sudah sedia maklum bahawa merokok sememangnya membahayakan kesihatan, jadi dengan hasil kajian yang terbaru ini, harapnya masyarakat akan sedar dengan keburukan yang lebih teruk kesan daripada merokok.
0 Komentar untuk "Saintis Bongkar Keburukan Merokok Terhadap Kulit"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info