SEBUAH laman web beli belah di Britain, QVC menjadi terkenal bukan disebabkan pakaian yang dijual di situ tetapi kerana model-model yang menggayakan baju berkenaan dengan cara seksi.
Justeru sebaik sahaja setiap rekaan baharu dimuatnaik di YouTube, ia mendapat tontonan lebih 400,000 kali.
Bagaimanapun, rata-rata yang masuk cuma berminat lihat model-model memakai pakaian dalam yang ketat hingga menampakkan susuk badan dan bukannya mahu membeli.
Ramai menyifatkan model yang dipilih begitu`hot’ dan seksi, apatah lagi rekaan baju kebanyakannya nipis.
“Selalunya apabila siaran beli belah ini disiarkan menerusi Internet, orang ramai tidak akan memandangnya kerana ia membosankan.
“Tetapi kali ini, model yang memakai pakaian ketat itu telah menyebabkan orang ramai memberikan tumpuan lebih daripada biasa,” demikian tulis seorang netizen.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Masuk Web Beli Belah Lihat Model Seksi Bukan Beli Barang"