PELIK TAPI BENAR!! Bekas Sami Buddha Kini Model Pakaian Dalam Ternama

PELIK tetapi benar – itulah yang berlaku apabila Mimi Tao, 23, seorang bekas sami Buddha di Thailand kini bergelar model pakaian dalam ternama di sana.

Gambar kiri menunjukkan Mimi sewaktu sedang berposing dan gambar kanan menunjukkan beliau ketika menjadi sami.
Mimi berposing sebagai model (kiri) dan ketika masih menjadi sami.
Mimi asalnya dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di Khon Kaen, Thailand.
Berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, dia dihantar keluarga untuk mendalami ilmu agama di sebuah kawasan pedalaman. Pada waktu itu, kepalanya dicukur dan dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang sami Buddha.
Mimi yang gemar bergaya bagaimanapun tetap dengan pendiriannya ingin menjadi seorang wanita. Justeru dia sering berlatih jalan catwalk, memakai mekap dan mengambil pil perancang kehamilan untuk membolehkan tubuhnya menghasilkan hormon wanita.
Antara gambar terbaru Mimi Tao. Sumber: Facebook Mimi Tao.
Antara gambar terbaharu. (Sumber: Facebook Mimi Tao)
Setelah 6 tahun meninggalkan kuil (tempat dia dihantar mendalami ilmu agama), Mimi berhijrah ke Pattaya dan Bangkok.
Di sana dia bekerja sebagai penari kabaret sebelum berjumpa dengan supermodel terkenal, Rojjana “Yui” Phetkanha.
Mimi Tao ketika menghadiri Grand Opening Delay Grand Medical Center.
Melaram etika menghadiri Grand Opening Delay Grand Medical Center. (Sumber: Facebook Mimi Tao)
Yui telah ‘mendidik’ Mimi dengan memberikan latihan catwalk, teknik posing dalam gambar dan beberapa lagi skil yang diperlukan oleh seorang model.
Kini Mimi merupakan nama besar selaku model peragaan di Thailand dan turut dikenali di beberapa negara Asia lain.
“Tiada siapa dapat meramal  masa depan, tak mustahil saya kembali menjadi seorang sami Buddha selepas mencapai segala keinginan saya,” katanya.
0 Komentar untuk "PELIK TAPI BENAR!! Bekas Sami Buddha Kini Model Pakaian Dalam Ternama"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info