MENAKUTKAN!! Wanita Rakam Makhluk Asing Ketika Selfie Dalam Pesawat

BETUL ke?….Seorang wanita mendakwa telah merakamkan gambar makhluk asing ketika berselfie dalam sebuah pesawat.
Olesya Podkorytov dari Kurgan, Rusia hanya menyedari perkara itu selepas memuatnaik gambar berkenaan di media sosial.
Ketika itu Olesya berkata dia sendiri tidak pasti kenapa dia mahu merakamkan gambar selfienya, iaitu sesuatu yang jarang dilakukannya.
Selepas memuatnaik dalam media sosial, dia menerima banyak komen daripada rakan-rakannya.
“Selepas rakan-rakan memberitahu bahawa objek itu seperti makhluk asing barulah saya menyedarinya.
“Bentuk badannya sama seperti makhluk asing dalam filem Hollywood,’’ kata Olesya.
Bagaimanapun ada juga yang menyatakan bahawa ia bukan makhluk asing sebaliknya adalah hantu.
0 Komentar untuk "MENAKUTKAN!! Wanita Rakam Makhluk Asing Ketika Selfie Dalam Pesawat"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info