LONDON – Diablo merupakan antara model kereta sport mewah berenjin tengah yang pernah dikeluarkan oleh firma automotif Lamborghini di Itali secara eksklusif antara 1990 hingga 2001 lalu.
Diablo juga merupakan jentera pertama daripada jenama Lamborghini yang mencipta sejarah apabila berjaya mencapai rekod kepantasan paling maksimum lebih daripada 320 kilometer sejam.
Sehingga kini, Diablo menjadi kereta sport Lamborghini yang masih lagi dicari orang walaupun sudah tidak lagi dikeluarkan lebih sedekad lalu dengan hanya 2,800 unit sahaja masih ada lagi di dunia.
Buktinya, salah satu Diablo yang sudah habis hangus terbakar dan tinggal besi rangka pun masih laku dijual kira-kira AS$4,600 (RM19,747) menerusi satu lelongan secara terbuka baru-baru ini.
Menurut laman penjualan kereta terkenal di Britain Carscoops pada 26 Disember, pemilik asal Diablo tersebut yang tidak dinyatakan namanya itu mulanya hanya mahu menyimpan sahaja di sebuah gudang.
Bagaimanapun baru-baru ini dia kemudian telah mengubah fikiran dan mahu menjual rangka buruk kereta tersebut menerusi laman lelongan terkenal secara talian eBay untuk sesiapa sahaja yang berminat.
Sejak kali pertama diiklankan, cuma ada 26 orang dari seluruh dunia yang menawarkan diri untuk buat bidaan, namun pemenang bertuah akhirnya jatuh kepada harga yang paling tinggi dinyatakan tersebut.
Maklumat pembelinya juga tidak disebutkan siapa dan untuk apakah dibeli waima Diablo itu sudah menjadi besi buruk berbanding harga asal ketika dibeli dahulu mencecah nilai AS$500,000 (RM2.1 juta).
Sebelum Diablo dihasilkan pada 1990, pihak Lamborghini pernah mengeluarkan model Countach dari 1974 dan menggantikan Diablo dengan Murchielago mulai 2001 hingga 2010.
0 Komentar untuk "SIAPA SANGUP BELI?? Bangkai Buruk Lamborghini Diablo Dijual RM20k"