Kuala Lumpur: Seramai 53 pengunjung dan sami berdepan detik mencemaskan selepas kedai cenderahati di kuil Batu Caves terbakar pada 5.20 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.25 petang.
Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang, dan Gombak Selatan ke lokasi untuk memberi bantuan.
"Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba membantu mengeluarkan 53 pengunjung dan sami yang berada di kuil berkenaan.
"Tiada kecederaan dilaporkan dan forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca dan jumlah kerugian dalam insiden terbabit,"katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Menurutnya, kedai cenderahati berkenaan musnah hampir 90 peratus.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! Cemas di Kuil Batu caves"