TANDA AKHIR ZAMAN!! Pasangan Lesbian Mengandung Dengan Bapa Yang Sama

Gila…pasangan lesbian ini sedang mengandung dan bayi kandungan mereka mempunyai bapa yang sama, seorang penderma air mani yang berusia 24 tahun dan berasal dari Edinburgh.
Stephanie dan Randa Armstrong kini bangga kerana mereka akan mendapat cahaya mata selang beberapa minggu sahaja selepas usaha sebelum ini untuk mengandung melalui penderma air mani yang lain tidak berjaya.
Stephanie, 25, kini mengandung 29 minggu manakala Randa, 31, yang berasal dari Lybia dan seorang model pakaian dalam, juga mengandung 12 minggu.
Pasangan itu mendaftar perkahwinan mereka pada 2013 dan mahu anak-anak mereka memanggil mereka dengan gelaran `mummy Steph’ dan ‘mummy Randa’ .
Manakala penderma air mani itu pula adalah pelajar sains dari Edinburgh, yang mendaftar dengan laman web Known Donor Registry.
“Dia bersetuju membantu kami dan disebabkan dia masih muda serta tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita maka kami bersetuju.
“Dia berakal, tegap dan mempunyai rambut sama warna dengan Stephanie,’’ kata Randa.
Lelaki itu juga bersetuju untuk tidak berhubung dengan anak-anaknya dan mereka juga tidak akan meminta bantuan kewangan untuk membesarkan kanak-kanak berkenaan.
Randa dan Stephanie berkenalan menerusi dalam talian pada 2009 dan kini menetap di Galashiels, Scotland.
0 Komentar untuk "TANDA AKHIR ZAMAN!! Pasangan Lesbian Mengandung Dengan Bapa Yang Sama"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info