KES ‘penculikan’ adik Nur Amirah Athirah mengemparkan negara berikutan tersebar audio kononnya memaparkan perbualan cemas mangsa dengan kakak angkatnya ketika berada dalam tahanan penculik.
Sebelum kantoi dengan drama yang diciptanya sendiri, banyak pihak berasa takut apabila mendengar rakaman audio itu kerana ianya kedengaran ‘real’ tapi alih-alih diakui, sekadar lakonan seorang remaja yang ingin hidup bebas dari keluarganya sahaja.
Sehubungan insiden itu, seorang dubsmasher yang kini semakin dikenali ramai, Nizam Rahman tampil mengajuk perbualan dalam audio tersebut.
Videonya yang cukup sempoi itu menjadi viral dalam sekelip mata malah menghiburkan hati semua orang yang dah kena ‘kencing’ hidup-hidup oleh remaja berkenaan.
Haha! Macam-macam hal.. apa-apa pun fkirkan air muka ibu bapa sebelum buat benda ‘pelik-pelik’ ye.
0 Komentar untuk "Haha Lawak! Dubsmasher Nizam Rahman Ajuk Kes Penculikan"