Padah Berlagak Depan Awek, Lamborghini Sewa Kemalangan

SEBAGAI seorang lelaki, tampak kelihatan hebat, macho dan bergaya adalah satu tarikan utama serta penting kepada kaum wanita. Itulah yang cuba ditunjukkan oleh seorang lelaki di Taiwan.
Gara-gara mahu tunjuk hebat depan teman wanita, dia yang dikenali sebagai Ding kini berdepan masalah besar apabila kereta Lamborghini kuning yang disewanya NTD50,000/sehari (RM6,535.86) terlibat dalam nahas.
Kejadian yang berlaku berdekatan dengan Sanchong, New Taipei City itu telah menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah NTD7,015,141.32 (RM917,000) secara keseluruhannya.


lambo4-1-e1451435353781
photo.php_-1
Dalam kejadian itu, Lomborghini yang dipandu Ding itu terbabas dan telah menyebabkan bahagian hadapan kereta tersebut hancur teruk. Namun pasangan ini dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menerusi kenyataan Ding kepada pihak polis tempatan, semasa kemalangan berlaku, bukan dia yang memandu kereta mewah itu tetapi konon ia dipandu oleh teman wanitanya.
Setelah siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis, mereka mendapati Ding yang sebenarnya memandu kereta tersebut sehingga membawa kepada kemalangan berkenaan.
Ketika kejadian juga, Ding sedang berada berada di bawah pengaruh dadah.
Disebabkan tindakan Ding, teman wanitanya yang merupakan seorang model bertindak memadam semua gambar mereka bersama di laman media sosial miliknya malah tidak lagi mengaku bahawa Ding adalah kekasihnya.
Ding sebelum ini mengaku kepada teman wanitanya itu yang dia sedang mengendalikan sebuah syarikat perusahaan yang besar.
Namun  helahnya terbongkar apabila seorang kawannya tampil memberitahu media bahawa Ding hanyalah pekerja biasa di sebuah kafe.
Bapa Ding juga tampil memberitahu anaknya itu telah lama melarikan diri dari rumah. Pengajarannya, janganlah menipu orang kalau ye pun nak tunjuk hebat.
Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
0 Komentar untuk "Padah Berlagak Depan Awek, Lamborghini Sewa Kemalangan"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info