Nyaris Jatuh Tingkat 15, Seluar Tersangkut Jadi Penyelamat

Novosibirsk (Russia) – Seorang lelaki yang tergelincir ketika mencuci tingkap kediamannya di tingkat 15 terselamat dari maut apabila seluar tersangkut di bucu tingkap.

Kejadian yang berlaku di sebuah bangunan kediaman di sini menyebabkan lelaki itu tergantung di luar tingkap selama 30 minit sebelum diselamatkan.
Pasukan penyelamat berkata, lelaki itu tergantung dalam keadaan kepala ke bawah dan sebelah kakinya tersangkut di bucu tingkap.
Katanya, keadaan lelaki itu disedari orang ramai yang terkejut apabila melihat mangsa tergantung di tingkat 15 sambil menjerit meminta tolong.
“Keadaan semakin mencemaskan apabila angin kencang menyebabkan badan lelaki itu berayun.
“Bagaimanapun, jiran yang menyedari keadaan lelaki itu kemudian bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum menyelamatkannya,” katanya.
Menurutnya, pasukan penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu mendapati lelaki berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
“Lelaki ini sangat bernasib baik kerana dia pasti terbunuh sekiranya terjatuh dari ketinggian ini,” jelasnya.
0 Komentar untuk "Nyaris Jatuh Tingkat 15, Seluar Tersangkut Jadi Penyelamat"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info