SANGUP MEMANJAT!!! Lelaki Tertidur Ketika Ingin Ambil Gambar Matahari Terbit

FENOMENA memanjat ke bangunan-bangunan tinggi merupakan satu gejala yang semakin gemar dilakukan oleh golongan belia hari ini. Ramai yang nekad naik ke bangunan tinggi ini semata-mata ingin mengambil gambar.
Terbaharu, seorang lelaki dari Suffolk, England, dilaporkan tertidur di atas bangunanLloyd Building yang berketinggian 14 tingkat di Lime Street, London, hanya kerana ingin mendapatkan gambar matahari terbit.
Matthew Adams, 23, bersama rakannya, Daniel Batchelor, 26, menghabiskan masa satu malam untuk sampai ke bahagian tertinggi bangunan tersebut dengan memanjat.
matt
Antara gambar 'berani mati' Matthew Adams di Llyod Building.
Antara gambar ‘berani mati’ Matthew Adams di Llyod Building.
Walaubagaimanapun, mungkin kerana keletihan ketika memanjat, dia dan rakannya tertidur dan terlepas momen indah bagi menyaksikan saat matahari terbit di kota metropolitan itu.
Tidak berputus asa, mereka tetap meneruskan misi mereka bagi memastikan mereka berjaya merakamkan saat-saat indah matahari terbit dari bangunan tinggi berkenaan.
Matthew mengakui, dia berasa tenang apabila berada di bahagian tertinggi sebuah bangunan dan menyatakan itulah kepuasan sebenar bagi dirinya. “Ibu saya merasakan saya gila, namun ianya merupakan satu aktiviti yang patut dilakukan oleh semua orang.”
Mungkin hobi dan minat setiap orang di atas muka bumi ini berbeza, namun janganlah kita memilih untuk melakukan aktiviti yang boleh menggadai nyawa hanya kerana disebabkan minat. 
0 Komentar untuk "SANGUP MEMANJAT!!! Lelaki Tertidur Ketika Ingin Ambil Gambar Matahari Terbit"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info