Imej terbaik 2015

2015 baru melabuhkan tirainya beberapa hari lalu tetapi imej menakjubkan, ikonik dan popular di Internet sepanjang tahun itu pasti terus diingati.
Dari gambar berprestij yang tercalon untuk anugerah fotografi sehinggalah aksi luar biasa yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit, 2015 menyaksikan banyak imej ikonik.
Pada 2015 terdapat banyak gambar yang menjadi viral di Internet termasuklah gambar pekerja lapangan terbang menampal pita pelekat pada enjin kapal terbang sebelum pesawat itu berlepas.
Gambar satu pasangan yang berlayar mengelilingi dunia bersama seekor kucing mereka antara imej paling banyak dikongsi pada 2015.
Tidak lupa juga gambar matahari terbenam yang menakjubkan di Myanmar dan wajah sedih seekor kucing yang melihat tuannya berkemas untuk pergi melancong.
Gambar tikus gergasi yang tersangkut di mangkuk tandas dan seekor anjing obes yang menerima layanan istimewa ketika menaiki penerbangan American Airlines antara imej yang popular di media sosial.
Antara berita pelancongan yang paling dibaca 2015 ialah pengenalan kapal layar paling besar di dunia milik bilionaire Russia, Andrey Igorevich Melnichenko.
Kapal sepanjang 143 meter dan berharga £260 juta (RM1.65 bilion) itu memulakan pelayaran ujian di lautan di Jerman pada September lalu.
Jurufoto dari seluruh dunia juga tidak ketinggalan meninggalkan imej yang luar biasa untuk diingati.
Kualiti gambar yang dihantar untuk pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh National Geographic dan Sony pada 2015 juga sangat menakjubkan.
Gambar ini membawa pembaca merasai kedamaian perkampungan nelayan di Myanmar dan suasana hutan di Borneo yang menyegarkan.
Terlalu banyak gambar yang merakamkan detik menarik pada tahun lalu sehingga sukar untuk memilih imej mana yang paling diingati.
Di sini disenaraikan beberapa gambar terbaik yang disiarkan di akhbar dan berlegar di media sosial di seluruh dunia pada 2015.
ROBERTA Mancino dari Itali memenuhi impian gilanya bergambar dan berenang bersama buaya air masin di Teluk Mexico.

0 Komentar untuk "Imej terbaik 2015"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info