BAGHDAD – Sebuah badan bukan kerajaan di wilayah Kurdi, utara Iraq bekerja sama dengan doktor tempatan dalam usaha mengembalikan keperawanan ribuan wanita yang berjaya melarikan diri daripada tawanan Daesh.
Sudah lebih setahun sejak kumpulan militan yang juga disebut sebagai IS itu menakluk sebahagian utara Iraq dan menculik lebih 7,000 wanita suku kaum Yazidi sebelum memaksa golongan tersebut menjadi hamba seks mereka.
Sejak itu, ribuan perempuan etnik Yazidi yang berjaya melarikan diri dan sebahagian besar dilaporkan menjadi sangat trauma setelah mengalami pengalaman pemerkosaan dan penganiayaan yang dideritai selama ditawan.
Seiring kesan murung akibat penderitaan yang dialami, kebanyakan mangsa ini dijauhi oleh komuniti mereka sendiri — yang sangat konservatif — kerana dianggap tidak suci pasca hilang keperawanan di luar pernikahan.
Justeru organisasi non-pemerintah bernama Wadi ini telah mengambil pendekatan yang kontroversi demi cuba membantu gadis yang berjaya melarikan diri daripada Daesh ini, untuk mengembalikan semula kedaraan mereka.
Salah seorang petugas Wadi bernama Cheman Rashid Abdul Aziz menyatakan, selain menyediakan perkhidmatan kaunseling trauma bagi mangsa, mereka turut dibantu ramai doktor ginekologi atau pakar sakit puan tempatan.
Ini bagi membaiki semula alur faraj gadis minoriti Yazidi ini dengan kaedah rawatan menempelkan kembali sisa-sisa selaput dara mereka, atau mengambil sedikit kelentit kulit dari dinding lurah vagina mereka yang masih ada.
0 Komentar untuk "NGO Pulih Alur Faraj Ribuan Bekas Hamba Seks Militan Daesh"