PELIK!!! Alat Sulit Lelaki Jadi Simbol Tandatangan? Gila Ke?

ADAKAH ini lawak bodoh atau lawak lucah? Anda tentukan…
Seorang lelaki di Australia cuba menjadikan lukisan alat sulit lelaki sebagai tandatangan tetapi tindakannya itu juga menyebabkan perjuangannya bagi menjadikan tandatangan itu sah, akhirnya telah gagal.
Tindakan Jared Hyams itu menyebabkan dia terpaksa berjuang selama lima tahun untuk membolehkan hasratnya tercapai, malangnya pihak berkuasa menolaknya kerana ia bukan sahaja lucah malah adalah gangguan seksual.
tandatangan
“Saya sangkakan mereka akan ketawa apabila melihat tandatangan itu tetapi saya menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa saya tidak boleh menggunakannya.
“Saya bertanya kepada mereka, kenapa tidak boleh? Saya memutuskan untuk berdepan dengan pihak kerajaan Australia,’’ katanya.
Antara agensi kerajaan yang menolak permohonannya itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Australia, agensi proses lesen memandu (VicRoads), Jabatan Perdagangan dan Hubungan Luar untuk pengeluaran pasport serta Jabatan Kehakiman yang menolak permohonannya untuk “Working With Children’.
Jared telah dua kali membuat permohonan terhadap kes berkenaan tetapi kedua-duanya ditolak oleh majistret.
Setakat ini dia tidak bernasib baik untuk menggunakan tandatangan berkenaan tetapi Jared nekad untuk meneruskan perjuangannya sehingga objek itu diterima menjadi tandatangan.
0 Komentar untuk "PELIK!!! Alat Sulit Lelaki Jadi Simbol Tandatangan? Gila Ke?"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info