Trailer Pertama Untuk Filem Warcraft Diterbitkan

WORLD of Warcraft merupakan salah satu permainan berbentuk MMORPG yang popular di seluruh dunia.
Kini, sebuah filem adaptasi daripada permainan berkenaan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Wanita Ini Mampu Tewaskan Lelaki Dalam Permainan DOTA

Selepas teaser ringkas sebelum ini, trailer pertama untuk filem berkenaan telah pun diterbitkan.
Warcraft yang mengisahkan tentang pertemuan antara bangsa manusia dengan Orcs, membawakan pelbagai aksi perang termasuk permulaan saga pertelingkahan antara dua bangsa ini bagi menyelamatkan keturunan masing-masing.
Sehingga sekarang, jumlah tontonan trailer ini di laman Youtube sudah mencecah 8 juta sejak ia dimuat naik pada Jumaat, 6 November.
Filem Warcraft bakal ditayangkan di pawagam antarabangsa pada Jun 2016.
Apa pendapat anda tentang trailer Warcraft ini?
0 Komentar untuk "Trailer Pertama Untuk Filem Warcraft Diterbitkan"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info