HUBUNGAN seks dengan robot persis manusia tulen mungkin akan menjadi amalan biasa menjelang 2025, dan berkemungkinan besar bakal menjadi lebih popular berbanding seks dengan manusia, kata pakar ramalan masa depan, Ian Pearson.
Laporan beliau mengenai seks pada masa depan telah pun diterbitkan dengan usaha sama salah sebuah rangkaian kedai alat permainan seks United Kingdom, Bondara.
Menurut laporan tersebut, seks secara maya akan menjadi amalan kasual seperti membelek laman web lucah menjelang tahun 2030 dan pada 2035, ramai dijangka mempunyai permainan seks yang boleh berinteraksi dengan realiti maya.
Malah, golongan berpendapatan tinggi juga diramalkan mula menggunakan khidmat kekasih sintetik ini dalam apa jua bentuk seawal tahun 2025, sebelum populariti amalan itu menjangkaui hubungan seks antara manusia pada 2050.
Pada awalnya, masyarakat akan merasakan aktiviti seks terbaharu ini sesuatu yang agak menyusahkan, namun lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengannya, tidak jauh beza daripada penerimaan terhadap bahan bacaan lucah, kata Pearson.
Beliau juga menambah, apabila rupa dan rasa sentuhan robot tersebut bertambah baik, pandangan manusia terhadap amalan seks artifisial ini juga akan berubah.
“Kebanyakan manusia akan tetap mempunyai keraguan terhadap hubungan seks dengan robot pada mulanya.
“Namun apabila kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI) dan tingkah laku mekanikal serta sentuhan rasa robot-robot ini ditambah baik.
“Dan mereka mula menjadi teman yang mempunyai ikatan emosional yang kuat; ketidakselesaan itu akan perlahan-lahan digantikan dengan keghairahan pula,” kata Pearson lagi.
“Sementara sesetengah orang akan teruja untuk mengadakan seks bebas komitmen bersama robot (jika mereka mampu memilikinya) seawal tahun 2025.
“Tetapi amalan ini takkan memintasi populariti hubungan seks sesama fizikal manusia secara total sehingga tahun 2050.”
0 Komentar untuk "Gulp! Robot Seks Bakal Gantikan Kekasih Anda Tahun 2025"