SINGAPURA – Seorang pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Tinggi Katolik meninggal dunia pada Sabtu, selepas pulang dari lawatan sekolah ke Shanghai.
Luke Chan dilaporkan mula mengalami cirit-birit pada hari Rabu di Shanghai tetapi mengambil ubat dan meneruskan lawatan sekolahnya.
Dia kembali ke Singapura pada Jumaat selepas seminggu tetapi cirit-biritnya menyerang sekali lagi sehari kemudian. Dia juga muntah tetapi tidak demam.
Ibunya merancang membawa Luke ke hospital pada malam Sabtu tetapi dia mencadangkan supaya menunggu hingga keesokan harinya. Bagaimanapun pada sebelah malam, Luke mengalami cirit-birit lagi lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Ibunya yang terlalu sedih dengan insiden ini dilaporkan cuba membunuh diri.
Luke yang merupakan anak tunggal dalam keluarga dikatakan tidak pernah memberi masalah kepada ibunya serta tidak mempunyai alahan terhadap makanan.
Ibu bapa Luke telah bercerai. Bapanya memberitahu akhbar Cina, Luke yang bercita-cita menjadi seorang peguam adalah pelajar aktif dan bijak, malah baru sahaja mendapat biasiswa dan memegang jawatan kepimpinan.
0 Komentar untuk "Pelajar Bijak Maut Selepas Balik Dari Lawatan Sekolah"