BIJAK!!! Pelacur guna darah belut tipu pelanggan

Beijing: Polis Xuzhou di wilayah Jiangsu membongkar kegiatan pelacur yang mengguna darah belut untuk membuktikan keperawanan mereka bagi memperdaya pelanggan.
Menurut laporan China News, sindiket pelacuran itu menarik pelanggan menerusi aplikasi pesanan ringkas seperti WeChat, membabitkan wanita yang menawar keperawanannya untuk wang, kononnya bagi membolehkan mereka membayar perbelanjaan perubatan anggota keluarga.
Kegiatan itu terbongkar selepas seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan.
Jurucakap polis Hao 
Pengfei memberitahu wartawan, sindiket berkenaan beroperasi di bandar besar lain di seluruh China, termasuk Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.
“Pelacur terbabit menipu pelanggan dengan mendakwa mereka masih perawan. Mereka menggunakan sepan yang direndam dengan darah belut. Pelanggan dikenakan bayaran antara 2,000 dan 10,000 yuan untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya.

SEORANG pelacur menunjukkan sepan yang digunakan untuk menipu pelanggan.

0 Komentar untuk "BIJAK!!! Pelacur guna darah belut tipu pelanggan"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info