Jupiter – Telefon Pintar Dengan Vape Terbina

NAMPAKNYA isu vape ataupun rokok elektronik adalah topik yang begitu kerap diperbualkan masyarakat masa kini.
Seperti kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah melakukan serbuan terhadap kedai menjual vape di seluruh negara kerana kesalahan menjual produk bernikotin tanpa lesen.
Perkara ini mendatangkan bantahan daripada pengusaha vape seluruh negara yang terasa diri mereka teraniaya oleh serbuan secara tiba-tiba oleh kerajaan.
Maka ‘masa depan’ vape di Malaysia kini ibarat berada dalam keadaan terumbang ambing.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat, apabila negara yang mempunyai bilangan tertinggi pengguna rokok elektronik ini telah menggeluarkan sebuah peranti pintar dengan vape terbina.
Jupiter, sebuah telefon pintar Android mempunyai sistem vape terbina pada bahagian atasnya.
jupiter-vaporizer-phone
Jupiter-vape-4
Kedengaran seakan janggal sahaja tetapi peranti ini menggunakan sistem operasi Android 4.4 dan mempunyai skrin sebesar 5.3 inci.
Keistimewaan Jupiter ialah aplikasi khas yang membolehkan pengguna mengawal bagaimana vape beroperasi dengan hanya menekan skrin sesentuh.
Aplikasi ini bukan sahaja dapat mengawal voltan vape malah mengenalpasti perisa vape apakah yang sedang digunakan.
Jupiter-vape-5
Terdapat juga, aksesori tambahan berbentuk paip shisha panjang yang boleh dipasang sekiranya diperlukan.
Tidak banyak maklumat lain diketahui setakat ini kecuali Jupiter akan hadir dalam versi 3G dan 4G. Harga jualan versi 3G ialah AS$299 (RM862) manakala versi 4G AS$499 (RM2150) sebuah.

0 Komentar untuk "Jupiter – Telefon Pintar Dengan Vape Terbina"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info