Rakaman Seorang Budak Perempuan Main Eskalator, Jatuh Dari Tingkat 2

SELEPAS pelbagai jenis kejadian yang meragut nyawa anak-anak ketika bermain di eskalator dilaporkan, impak dan kesan daripada kes tersebut mungkin belum cukup terkesan kepada golongan ibu bapa.
Lihat sahaja video viral terbaharu ini, yang memaparkan budak perempuan berusia 5 tahun terjatuh dari tingkat 2 kerana bermain di eskalator.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Rusia ini, kanak-kanak berkenaan sedang bermain di pusat beli-belah Solnechny di Novy Urengoy, sebelum terjatuh dari tingkat 2 selepas berpaut di eskalator di situ.
W2
Ibu saudara kanak-kanak itu yang sedang leka bercakap di telefon bimbit dilihat sempat memegang tangan anak kecil itu sebelum ia terlepas dari genggamannya.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Linara itu dilaporkan terselamat selepas dikejarkan ke hospital berdekatan.
Doktor memberitahu kanak-kanak itu sangat bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dan akan sembuh dalam masa terdekat.
Sentiasalah awasi pergerakan anak-anak anda ya! Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi. 
0 Komentar untuk "Rakaman Seorang Budak Perempuan Main Eskalator, Jatuh Dari Tingkat 2"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info