Video: Beca Berhantu, Berpusing Tanpa Pemandu Di China

SEBUAH beca tanpa pemandu yang berpusing dengan sendiri sehingga merosakkan gerai-gerai dalam pasar di China telah mendapat perhatian seluruh netizen.
Video yang mula viral sejak beberapa hari lalu itu memperlihatkan beca yang secara tiba-tiba berpusing dan berputar seperti ditiup angin puting beliung dalam sebuah pasar di Zhejiang.
Beca yang tidak dapat dikawal itu kemudiannya merosakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di situ.
WM2
Kewujudan makhluk halus turut dikaitkan dengan insiden dalam video tersebut apabila seekor anjing dilihat menyalak di lokasi kejadian.
Menurut laporan media tempatan, beca tersebut mula berputar selepas tayar di bahagian hadapannya tercabut selepas merempuh ke dalam pasar.
Kejadian tersebut menarik perhatian ramai kerana dianggap satu insiden yang sangat pelik.

Related Post

  • Kacak punya pasal Chongqing (China) : Seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal acara maraton menyebabkan kesesakan lalu …
  • Perkosa sebelum Subuh Jitra: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 14 tahun yang…
  • Perangkap kekasih dalam tandas Kuala Lumpur: Segelintir ‘lelaki gatal’ dikesan menjadikan tandas awam dan tandas di pusat hiburan sebagai lokasi s…
  • Seronok minum arak Kuala Lumpur: Rakaman video menunjukkan tujuh wanita yang dipercayai berasal dari Terengganu meraikan sambutan hari…
  • Bapaku suamiku Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk memi…
0 Komentar untuk "Video: Beca Berhantu, Berpusing Tanpa Pemandu Di China"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By Catatan Info