Pelik Tapi Benar!!Profesor Syorkan Lelaki Di China Berkongsi Isteri

CHINA merupakan salah satu negara yang mempunyai nisbah bilangan populasi lelaki lebih tinggi daripada wanita di dunia.
Menurut statistik, jumlah bilangan lelaki di China dikatakan melebihi 50 juta bilangan wanita.
Ia dikatakan akan meningkat kepada 80 juta pada 2020 dan perkara ini seterusnya membuatkan lebih 30 juta lelaki berkemungkinan tidak berkahwin akibat bunga yang sekuntum mungkin telah dirampas orang.
chinaaaa
Bagi menangani masalah ‘bujang terlajak’ ini, seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar golongan lelaki di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup.
Profesor dari Universiti Zhejian, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut akibat krisis jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita ‘komuditi’ berharga.
Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri, namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.
Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.
Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.
Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.
“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie .
Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran.
0 Komentar untuk "Pelik Tapi Benar!!Profesor Syorkan Lelaki Di China Berkongsi Isteri"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info