PIHAK polis Britain kini sedang mencari seorang wanita yang bertindak keterlaluan dengan menuang mi panas di atas kepala seorang pelanggan gara-gara berebut kerusi di kedai mi terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang datang untuk membeli makanan, terlibat dengan pertengkaran merebut kerusi.
Mangsa kemudiannya ditumbuk di bahagian muka oleh lelaki yang datang bersama wanita tersebut selepas wanita itu menyimbah mi panas ke kepala mangsa.
Susulan kejadian itu, polis telah menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCT) dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan tersebut tampil bagi membantu siasatan.
0 Komentar untuk "Diburu Wanita Ini Tuang Mi Panas Atas Kepala Seorang Pelanggan"