Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Saya Berkahwin Dengan Nedim

WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin dengan Nedim Nazri di kemudian hari.
Sebelum ini, Nora menjalinkan percintaan dengan duda anak satu itu namun terputus di tengah jalan.
Baik Nora mahupun Nedim tidak bercerita lanjut mengenai punca perpisahan mereka.
Namun, Nora menjelaskan hubungan mereka sangat rumit sehingga terpaksa berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan.
“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun, saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” katanya memetik mStar.
Dalam perkembangan sama, Nora bakal menjalani latihan bagi mempersiapkan diri untuk persembahan teater arahan Erma Fatima berjudul Mak Cun yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 14 November ini.
Selain Nora, turut berlakon sama dalam teater itu adalah Erma Fatima, Balkish Semundur Khan, Dato Rahim Razali, Ungku Ismail dan Dafi. 

Related Post

  • Beli kereta RM345,000 guna syiling Shenyang (China): Seorang lelaki semalam membeli sebuah kereta baru berharga 580,000 yuan (RM345,000) dengan menggu…
  • Patah 13 tulang Kota Bharu: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang didera ibu tiri di Rantau panjang, dekat sini, bukan …
  • Silap pilih mangsa Johannesburg: Ular gergasi ini mati selepas tersilap memilih mangsa, landak seberat 13 kilogram mengakibatkan ia ma…
  • Habuan 9 janda Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke)…
  • Aksi lepas tonton Petaling Jaya: Sebuah pusat urut di Sunway Mentari di sini dikesan menyediakan khidmat seks dan wayang lucah kepada…
0 Komentar untuk "Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Saya Berkahwin Dengan Nedim"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By Catatan Info