INILAH padahnya kalau suka ambil tindakan sendiri.
Seorang lelaki dari China ini terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas pedang mainan yang digunakan untuk merawat buasirnya telah tersangkut di dalam duburnya sendiri.
Lelaki malang yang dikenali sebagai Kao, 54 tahun; telah terlepas alatan tajam tersebut serta hilang dari pegangannya dan masuk ke dalam lubang punggungnya itu.
Dia digegaskan ke Hospital Run Run Shaw di bandar Hanzhou di mana dia telah dihujani dengan pelbagai persoalan dari pihak media yang menanti kedatangannya di situ.
Menurut sumber, doktor telah berjaya mengeluarkan pedang mainan sepanjang 15 sentimeter yang tersekat dalam duburnya itu.
Mereka juga memaklumkan kepada Kao bahawa dia tidak pernah menghidap buasir dan lelaki itu sebenarnya hanya mengalami sedikit kegatalan pada anusnya.
0 Komentar untuk "Pedang Tersekat Dalam Dubur Ketika Cuba Rawat Buasir"