Tindakan Bodoh!! Seorang Pengacara Lelaki Melakukan Gangguan Seksual Ketika Mengacara Rancangan

SEORANG pengacara program di televisyen di Mexico, Tania Reza, telah meninggalkan rancangan berkenaan yang disiarkan secara langsung selepas rakan pengacaranya, Enrique Tovar telah menyentuhnya dalam kes gangguan seksual yang mengejutkan ramai.
Ketika itu mereka sedang mengacarakan rancangan ‘A Toda Maquina’ apabila Tovar berulang kali menyentuh pinggang dan merapatkan badan serta menyentuh dada Reza.
Pada mulanya Reza cuba mengawal kemarahan namun akhirnya dia berjalan keluar sambil menyatakan `saya tidak boleh melakukan ini (mengacara)’.
Susulan itu satu siasatan dalaman dijalankan dan pihak televisyen mendapati kedua-duanya bersetuju untuk berpura-pura berlaku gangguan seksual supaya video berkenaan dapat akan menjadi viral. Kedua-duanya kemudian telah dipecat.
Namun Reza membuat pengakuan mengejutkan apabila menyatakan dia telah diberikan tekanan agar memberitahu bahawa gangguan seksual itu merupakan satu lakonan.
“Menyedihkan apabila terdapat tekanan daripada syarikat yang menyifatkan anda bersalah dan mereka hanya lepas tangan.
“Jika mereka memaksa saya menarik mesej ini dalam Facebook, sekurang-kurangnya saya telah memuatnaik dalam media sosial saya,’’ katanya.
Manakala Toyar pula menyatakan mereka berdua adalah kawan rapat dan tidak mungkin akan berlaku gangguan seksual.
“Kami amat rapat. Kami makan bersama, siap bertepuk tampar dan melakukan semuan bersama,’’ katanya.
Tidak diketahui versi cerita mana yang betul namun pihak berkuasa tetap menyiasat Tovar kerana melakukan gangguan seksual.
0 Komentar untuk "Tindakan Bodoh!! Seorang Pengacara Lelaki Melakukan Gangguan Seksual Ketika Mengacara Rancangan "

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info