Aktres Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah

PARIS – Bintang filem pornografi terkenal Perancis, Nikita Bellucci mendakwa telah mengalami suatu peristiwa yang tidak menyenangkan dirinya dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, Transavia baru-baru ini.
Beberapa yang hari lalu, Nikita dilaporkan berhasrat untuk melakukan perjalanan udara dengan menggunakan perkhidmatan Transavia, anak syarikat milik penerbangan kebangsaan Perancis dan Belanda, Air France KLM.
Malangnya, jadual penerbangan ditempah oleh Nikita, 26 tahun; aktres yang sudah membintangi 28 judul filem lucah sejak 2011 itu; terus menerus mengalami penangguhan untuk perlepasan sepanjang hari berkenaan.
Kesal menghadapi situasi tersebut, dia pun memutuskan untuk melaporkan masalah berkenaan dengan terus mengirimkan pesanan menerusi akaun Twitter rasmi Transavia bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.
“Bagaimana dapat informasi tepat mengenai penerbangan TO3743? Dari pagi, penerbangan sudah empat kali dibatalkan @TransaviaFR dan tidak ada informasi apa pun di Budapest,” tulis Nikita melalui akaun Twitternya.
Namun apa yang terjadi seterusnya, membuatkan Nikita berubah luar biasa marahnya susulan petugas pentadbir Twitter Transavia dengan respons balas yang ternyata sengaja merendahkan kehormatan maruah dirinya.
@NikitaBelluciX penerbangan kembali dijadualkan pukul 14.30. Tetapi bersama kamu, saya mengharapkan waktu yang lebih ‘lama’. Semoga hari anda menyenangkan. Saya akan selalu siap untuk anda,” balas Transavia.
Berdasarkan portal The Local, Nikita berasa sangat emosional dan marah sehingga dilaporkan berkata menerusi akaun Twitter itu: “Dasar anda keparat. Saya tidak akan terbang bersama dengan anda lagi selepas ini.”
Lucunya, beberapa minit kemudian, Nikita didapati segera menghapuskan reaksi emosional tersebut. Mungkin bimbang reaksi peminat kerana dia pun bukanlah bermoral baik sangat menerusi puluhan filem dan video lucah.
Anehnya tidak beberapa lama kemudian, ramai pengikut Nikita pun turut ikut menyerang akaun Twitter Transavia serta mengkritik respons menjijikkan pentadbir syarikat tersebut dengan banyak komen ‘pedas’ dan cukup marah.
Pihak pengurusan Transavia segera ‘menyejukkan’ konflik yang terjadi menerusi media sosial tersebut dengan mengeluarkan permohonan maaf kepada Nikita secara terbuka dalam usaha untuk meredakan perasaan netizen.
Kami mohon maaf jika anda tersinggung dengan ayat lawak itu. Saya hanya ingin ‘menyegarkan’ suasana. Sekali lagi, saya minta maaf. Pesawat akan segera terbang,” tulis respons si petugas pentadbir Twitter Transavia.
Jurucakap Transavia memaklumkan, syarikat itu telah memohon maaf secara umum dan secara langsung kepada Nikita susulan ketidakselesaan oleh komen pengurus komuniti pentadbir Twitter mereka pada Isnin tersebut.
Mereka juga menegaskan bahawa keselesaan dan kepuasaan pelanggan adalah keutamaan tinggi Transavia, syarikat udara berpusat di Belanda yang ditubuhkan pada 1966 lalu dengan 88 destinasi seluruh dunia.
Pihak pengurusan Nikita dilaporkan turut menerima permohonan maaf daripada Transavia dan memutuskan untuk tidak meneruskan perselisihan kecil yang terjadi pada 12 Oktober lalu.
0 Komentar untuk "Aktres Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info