Menyedihkan Kanak-Kanak Dilanggar Terpelanting Akibat Lintas Melulu

SEORANG pemandu berjaya merakam aksi mengejutkan apabila kenderaan yang dipandunya nyaris mengorbankan seorang kanak-kanak dalam satu kejadian kemalangan.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, kejadian dikatakan berlaku di Permatang Pauh, Seberang Prai.
(Nota: Pembaca yang tidak kuat semangat dinasihatkan supaya tidak menonton video ini)
Menerusi visual dashcam pemandu, pada mulanya dia dilihat sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat sebelum memasuki jalan besar.
Namun, tidak beberapa lama kemudian, setelah dia menuju ke sebuah jalan, secara tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah melintas secara melulu.
Berlakulah rempuhan kuat yang menyebabkan kanak-kanak malang itu terpelanting.
Menurut maklumat beserta gambar yang dikongsikan netizen, kanak-kanak terbabit dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius meskipun impak pelanggaran jelas memaparkan aksinya yang seakan ‘terbang’ seketika.
adik
Apa-apa pun buat adik-adik diluar sana, berhati-hatilah, pastikan tiada kenderaan sewaktu melintas jalan.
Kepada ibu bapa juga, sila pastikan anak-anak anda tidak bermain berhampiran jalan raya.
Cuba bayangkan sekiranya kenderaan terbabit tidak sempat untuk menekan brek?
0 Komentar untuk "Menyedihkan Kanak-Kanak Dilanggar Terpelanting Akibat Lintas Melulu"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info