Si dungu tidak takut ambil ‘selfie’

Pamplona, Sepanyol: Ketika dikejar puluhan lembu jantan, berhenti semata-mata mahu mengambil ‘selfie’ mungkin perbuatan yang tidak masuk akal malah berbahaya.
Bagaimanapun, seorang lelaki seolah-olah tidak mempedulikan bahaya di belakangnya apabila sempat mengambil gambarnya dalam jarak terlalu dekat dengan haiwan berkenaan ketika pesta larian lembu, baru-baru ini.Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai mengambil gambar itu ketika bahagian terakhir hari kelima larian lembu di Pamplona, Jumaat lalu.

Menurut jurucakap polis, lelaki berjambang itu kini diburu polis Sepanyol dan boleh didenda sehingga £2,400 (RM13,072) kerana melanggar undang-undang tempatan yang melarang perbuatan seperti itu ketika menyertai larian berkenaan.
Foto
LELAKI (berjambang) yang sempat merakam ‘selfie’ menyertai larian lembu di Pamplona, Sepanyol, baru-baru ini.

Gambar itu disiarkan di laman media sosial dan lelaki berkenaan diselar sebagai ‘bodoh’ kerana tindakannya itu turut mampu membahayakan peserta lain. 
0 Komentar untuk "Si dungu tidak takut ambil ‘selfie’"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info