Mayat berulat dimakan biawak

Manjung: Mayat seorang lelaki yang tiada identiti ditemui dalam keadaan sudah berulat dan dimakan biawak di kawasan berlukar berhampiran sebuah perumahan baru Taman Pantai Damai, Manjung, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam, luka dan tulang mangsa yang patah.
Menurutnya, pihaknya mendapat makluman mengenai penemuan mayat berkenaan daripada orang awam, kira-kira jam 2.20 petang semalam.
"Daging beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 4:49 PM
KEADAAN mayat lelaki yang ditemui sudah berulat serta dimakan biawak.

0 Komentar untuk "Mayat berulat dimakan biawak"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info