Penganggur dituduh bunuh teman wanita

Bukit Mertajam: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membunuh teman wanitanya di Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, September lalu.
Tertuduh Abdul Khalid Md Isa, 43, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan, Abdul Khalid tertuduh didakwa membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah No 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, pada jam 4 petang 29 September hingga 6 petang 30 September lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang mana jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mahkamah menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes.
0 Komentar untuk "Penganggur dituduh bunuh teman wanita"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info