Sah bukan Islam

Georgetown : Status agama seorang wanita yang maut kerana membunuh diri Sabtu lalu, Teoh Cheng Cheng, 38, akhirnya jelas apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, hari ini memutuskan dia bukan Islam.

Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keraguan pada borang permohonan memeluk Islam.

Menurut Zaim, wanita terbabit juga didapati tidak menjalani amalan sebagai orang Islam sepanjang dia didakwa sudah menukar agama.
Foto
KAD pengenalan milik Teoh.
"Daripada keterangan saksi keempat iaitu anak sulung si mati mahkamah mendapati wanita itu tidak mengamalkan ajaran Islam.
"Mahkamah dengan ini mengarahkan mayat wanita itu diserahkan kepada ahli keluarga untuk upacara pengebumian mengikut agama dianutinya,"katanya.
0 Komentar untuk "Sah bukan Islam"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info