Kota Belud dilanda banjir lumpur

KOTA KINABALU: Hujan lebat di kawasan Gunung Kinabalu mengakibatkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Penataran dan Sungai Ulu Kadamaian, di Kota Belud, petang tadi. Banjir lumpur kali kedua itu menjejaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau Taburi di Kota Belud yang terletak berhampiran dengan sungai. Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Felix Tongkul, berkata paras air di kedua-dua sungai itu meningkat mendadak dengan keadaan air keruh. "Banjir lumpur itu berlaku dengan begitu cepat selepas hujan lebat di hulu kerana laluan sungai sudah 'dibersihkan' oleh banjir lumpur yang pertama. "Keadaan ini bahaya kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai dan ia dijangka akan terus terjadi selagi bahan tanah runtuh di kaki gunung terus berkumpul dan hujan lebat berlaku," katanya.




 BANJIR lumpur melanda Sungai Ulu Kadamaian, di Kota Belud.
0 Komentar untuk "Kota Belud dilanda banjir lumpur "

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info