Gambar artis separuh bogel tersebar


KUALA LUMPUR : Kecoh seketika apabila tersebarnya gambar separuh bogel aktres popular di laman sosial malam tadi. Gambar yang hanya berseluar dalam itu jelas menampakkan wajah pelakon wanita terbabit menyebabkan akaun Instagram miliknya diserbu peminat yang mahukan kesahihan berhubung perkara itu. Pelakon berusia 20-an itu bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri sehingga kini dan tida menjawab sebarang pertanyaan. Gambar itu didakwa disebarkan oleh rakan pelakon itu sendiri yang dikatakan mahu menganiaya beliau. Terdahulu, pelakon wanita itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, rentetan kisah cintanya yang mendapat perhatian semua pihak. Susuk tubuhnya yang semakin susut juga menimbulkan tanda tanya dan beliau turut mengejutkan ramai kerana tampil berpakaian seksi ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.

Related Post

  • Seronok minum arak Kuala Lumpur: Rakaman video menunjukkan tujuh wanita yang dipercayai berasal dari Terengganu meraikan sambutan hari…
  • Gambar artis separuh bogel tersebar KUALA LUMPUR : Kecoh seketika apabila tersebarnya gambar separuh bogel aktres popular di laman sosial malam tadi. Gamba…
  • Tenat selepas ditanam beruang Tynda: Seorang wanita Russia kini dalam keadaan tenat selepas diserang dan ditanam hidup-hidup oleh seekor beruang …
  • Kacak punya pasal Chongqing (China) : Seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal acara maraton menyebabkan kesesakan lalu …
  • Kota Belud dilanda banjir lumpur KOTA KINABALU: Hujan lebat di kawasan Gunung Kinabalu mengakibatkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Penataran …
0 Komentar untuk "Gambar artis separuh bogel tersebar "

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By Catatan Info