Perkosa sebelum Subuh

Jitra: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 14 tahun yang juga jirannya di rumah mangsa di Malau, Jitra, 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, suspek yang juga penganggur ditahan di rumahnya selepas ibu mangsa berusia 40-an membuat laporan di Balai Polis Jitra, di sini, kira-kira setengah jam sebelum suspek ditahan.
Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 18 Februari lalu, pada 4.51 pagi dalam bilik tidur rumah mangsa.
"Ketika kejadian, ahli keluarga mangsa termasuk ibu bapanya sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya semalam.
"Ibunya yang berang dengan perbuatan suspek meminta dia bertanggungjawab dan mengahwini mangsa tetapi lelaki itu enggan berbuat demikian menyebabkan wanita itu bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.
"Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.
0 Komentar untuk "Perkosa sebelum Subuh"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info