Patah 13 tulang


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang didera ibu tiri di Rantau panjang, dekat sini, bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, 10 bahagian tulang rusuk kanak-kanak itu patah.
Katanya, mangsa juga dalam keadaan trauma dan mengalami radang paru-paru hingga mengganggu pernafasannya.
"Kecederaan yang dialami mangsa berkemungkinan berlaku di antara tiga hingga enam bulan lalu.
"Kita masih menjalankan siasatan dan mangsa dilindungi mengikut Seksyen 51 Akta Kanak-kanak 2011," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Harian Metro hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.
Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.
KANAK-kanak perempuan mengalami patah 13 tulang didera ibu tirinya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

0 Komentar untuk "Patah 13 tulang"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info