Kacak punya pasal

Chongqing (China) : Seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal acara maraton menyebabkan kesesakan lalu lintas hanya kerana wajahnya yang kacak.
Anggota berkenaan yang dikenali sebagai Long dikelilingi peserta maraton, kebanyakannya wanita yang mahu bergambar bersamanya ketika acara berlangsung di sini, Ahad lalu.
Peminat berkata, anggota polis itu menyerupai pelakon terkenal Hong Kong, Wallace Chung yang mula popular sejak Januari lalu, menurut laporan Chongqing Morning Post.
Jejaka kacak berkenaan tidak dapat melepaskan diri daripada peminatnya sehinggalah seorang rakan setugas membawanya ke lokasi lebih 'selamat'.
Bagaimanapun, Long sebenarnya suami orang.
Long dikelilingi peserta maraton, kebanyakannya wanita.
0 Komentar untuk "Kacak punya pasal"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info