Video: Lelaki Beri Bayi Hisap Rokok Dan Minuman Keras Diburu

SEBUAH video yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman keras serta rokok di Romania telah menjadi viral dan mengundang kemarahan netizen.
Video yang dimuat naik oleh pengguna facebook bernama Daniel Tecu itu bagi menyeru orang ramai serta pihak polis mencari dan memberkas dua individu tidak bertanggungjawab dalam video berkenaan.
Menerusi klip terbabit, kelihatan seorang bayi yang duduk di atas riba seorang lelaki diberikan rokok dan minuman keras yang jelas, tidak sepatutnya berlaku.
A-bad-dad-who-made-his-child-smoke-and-drink-and-then-posted-a-video-of-it-on-the-Internet-is-being-hunted-by-police-in (1)
Kedua-dua individu itu juga dilihat menggalakkan bayi tersebut berbuat demikian dan hanya mentertawakannya.
Salah seorang lelaki tersebut turut berkata, tindakan itu adalah untuk menjadi ‘lelaki’ sebenar.
wwm
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di Sepanyol di mana ramai migrasi dari Romania dilaporkan berada di negara tersebut.
Rata-rata netizen mengutuk perbuatan terbabit serta menyifatkan kedua-dua individu dalam video itu tidak layak memiliki hak penjagaan kanak-kanak itu. 
0 Komentar untuk "Video: Lelaki Beri Bayi Hisap Rokok Dan Minuman Keras Diburu"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info