Kisah Sedih Amanda Todd.. Moga Tak Berlaku Di M’sia.



AMANDA seorang remaja yang cantik. Sudah adat gadis seusianya, dia dambakan perhatian terutama daripada berlainan jantina.
Sayangnya Amanda tersilap langkah.
Dia mencari perhatian daripada lelaki hidung belang di laman web berkenalan dan mula berbual menggunakan kamera web.
Lama kelamaan perbualan bertukar lucah dan selepas termakan puji, Amanda berkongsikan gambar payudaranya kepada seorang kenalan lelaki. Tanpa disangka, itulah permulaan detik hitam hidupnya hingga nyawa menjadi galang ganti.
Setahun selepas Amanda melakukan kesilapan mengaibkan itu, ketika sedang cuti Krismas, rumah keluarga Amanda dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu jam 4 pagi. Rupanya yang datang adalah polis, memaklumkan bahawa gambar panas Amanda telah tersebar.
Sejak itu, kehidupan remaja ini terganggu. Lelaki yang memiliki gambar payudaranya sentiasa memburu Amanda dan membulinya dengan cara menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan sekolahnya termasuk setiap kali dia berpindah ke komuniti baru.
Lelaki itu membuli menggunakan media sosial termasuk Facebook, malah menggunakan gambar Amanda mendedahkan payudaranya sebagai gambar profil.
Tekanan menanggung aib dan penghinaan rakan seusia membuatkan Amanda mula terlibat mengambil minuman keras dan dadah apatah lagi, rakan-rakan akan mula menyisihkan diri dan memandang lain dirinya sebaik sahaja mengetahui tentang gambar itu.
Akhirnya Amanda mengambil keputusan untuk hidup bersendirian dan mengasingkan diri di sekolah.
Dia tidak lagi berkawan dengan sesiapa pun hinggalah seorang budak lelaki kemudiannya muncul dan memberi harapan bahawa dia sukakan Amanda hingga membuatkannya percaya.
mynewshub.cc
Malangnya berlaku insiden yang lebih dahsyat hingga membuatkan Amanda berasakan dia tidak lagi mampu untuk hidup dan menanggung kutukan. Hal ini turut membuatkan dia bertindak cuba membunuh diri namun sempat diselamatkan.
Masa berganti dan Amanda tidak lagi ke sekolah atau keluar rumah kerana terlalu depresi apatah lagi kutukan terhadapnya menerusi
media sosial tidak pernah berkurang, malah ada yang menyatakan secara terang-terangan adalah lebih elok jika Amanda mati sahaja.
Menyedari dirinya mempunyai masalah yang tidak lagi terkawal dan memerlukan pertolongan, Amanda tampil di YouTube menceritakan kisah dirinya dengan menggunakan nota bertulis.
Jom tonton video berkenaan…
Sedih bukan?
Lebih menyedihkan, selepas memuatnaik video tersebut pada 7 September 2012 Amanda bertindak menggantung dirinya lebih kurang sebulan kemudian.
Hanya selepas kematiannya, kes Amanda Todd menjadi polemik hingga undang-undang Kanada berkaitan buli siber diperhalusi semula.
Kisah Amanda Todd ini, amat memberi kesan bagi sesetengah orang terutama ibu bapa seperti penulis yang mempunyai anak gadis awal remaja namun sudah mengenali pelbagai cabang media sosial.
Betapa ancaman orang berniat jahat pada hari ini bukan setakat berada di dunia luar tetapi lebih menakutkan, mereka boleh menjadikan anak-anak kita sebagai mangsa ketika mereka berada di dalam rumah sendiri!
Kita boleh menghalang anak-anak daripada keluar rumah tetapi bagaimana mahu sentiasa mengawasi dan memantau media sosial yang dilayari oleh mereka bukan?
Sudah tentulah, tidak ada sesiapa ingin kisah Amanda menimpa anak gadis kita, barulah tindakan hendak diambil.
Menurut hasil kajian dilakukan Malaysian Computer Emergency Response Team(MyCERT), berlaku peningkatan kes gangguan siber iaitu daripada 300 kes pada 2012 kepada 512 pada 2013, manakala pada tahun 2014, sebanyak 516 kes dilaporkan setakat November.
Harus diingat, statistik ini hanya melibatkan kes yang dilaporkan sedangkan pada masa sama, masalah buli siber terutama yang menimpa kanak-kanak atau remaja kebanyakannya tidak dilaporkan mangsa walaupun kepada keluarga sendiri kerana akal yang belum cukup matang, rasa malu dan takut jika dimarahi.
Selain itu mereka juga mungkin berasakan masalah yang dialami tidak mempunyai saluran untuk diselesaikan secara undang-undang kerana ia mungkin berpunca daripada kesilapan sendiri dan juga tidak tahu, mereka merupakan mangsa buli siber.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Bagaimanapun, kegusaran ibu bapa dan mangsa buli siber kini terlerai apabila Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP) yang dibentang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ttelah pun diluluskan Kabinet pada 11 Feb lalu dan kini, pelan terbabit akan diserahkan kepada kementerian peneraju dan agensi terlibat untuk pelaksanaan.
Perkara ini dijelaskan sendiri menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika menerima kunjungan Mynewshub baru-baru ini.


0 Komentar untuk "Kisah Sedih Amanda Todd.. Moga Tak Berlaku Di M’sia."

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info