Tak sanggup tengok

Jitra: “Saya cuba memberanikan diri dengan menghampiri mayat yang mengerikan di bawah treler itu, tetapi tidak menyangka lelaki terbabit adalah penduduk Kampung Wang Perah,” kata Nazri Ismail, 34.
Nazri berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, dia berada di rumah sebelum didatangi penduduk kampung memintanya ke lokasi kejadian di Kilometer 16.8, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran simpang lampu isyarat Sekolah Menengah Hosba, Napoh untuk melihat kemalangan itu.
Katanya, penduduk terbabit memberitahu tidak sanggup melihat mayat berkenaan yang cedera parah dipercayai akibat diseret tayar belakang sebuah treler bermuatan baja selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan kenderaan itu.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati ia adalah mayat Ayub Ibrahim, 74, yang ketika itu masih berada di bawah treler.
Foto
KEADAAN mangsa yang terbabit dalam kemalangan, semalam.

“Malah, saya dimaklumkan mangsa dalam perjalanan dari pekan Napoh menghala ke rumahnya di Kampung Wang Perah kira-kira lima kilometer (km) dari tempat kejadian selepas mengisi borang untuk bantuan Skim Bantuan Pekebun Kecil di pejabat RISDA, di sini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
0 Komentar untuk "Tak sanggup tengok"

 
Copyright © 2014 News Speed - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info